Nibong Tebal, 1 Mac 2013, Kira-kira 25 keluarga masyarakat india di sini mendapat perhatian Pengerusi BN Nibong Tebal, Ybhg Dato Zainal Abidin Osman yang membuat kunjungan petang tadi di Ladang Kerian. Dalam lawatan tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan hamper kepada semua keluarga masyarakat india yang tinggal di ladang berkenaan. Ditanya sama ada masyarakat india memberi sokongan kepada Barisan Nasional, beliau yakin dengan transformasi yang dilakukan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak kini diterima oleh semua lapisan masyarakat, di Nibong Tebal ini sahaja beliau yakin dengan sokongan masyarakat india makin meningkat dan mereka percaya kepada Kerajaan Barisan Nasional telah melakukan transformasi yang terbaik untuk rakyat.
LAWATAN RASMI YBHG DATO ZAINAL ABIDIN OSMAN
Sumber daripada : Rosaidi Bin Haji Hashim
Nibong Tebal, 1 Mac 2013, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato Zainal Abidin Osman, hari ini mengadakan lawatan ke PDM Taman Helang jaya 047/19/10. Semasa Lawatan, beliau diberi taklimat mengenai persiapan jentera Barisan Nasional PDM berkenaan bagi menghadapi PRU 13 nanti. Beliau mengingatkan kepada semua jentera di peringkat KADUN dan PDM agar memulakan operasi dengan mengerakkan jentera di peringkat akar umbi bagi memastikan kelancaran PRU 13 yang bakal kita tempuhi nanti. Dalam lawatan tersebut beliau yang juga Pengerusi BN Nibong Tebal menyampaikan sumbangan Kasih Sayang kepada 5 orang pesakit kronik dalam PDM berkenaan.
BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA [BR1M] 2.0
Sumber daripada : Rosaidi Bin Haji Hashim
Nibong Tebal, 2 Mac 2013, Seramai 3600 orang penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) hari ini berhimpun di Dewan Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Pai Tek untuk menerima bantuan tersebut. Bantuan yang disampaikan oleh Pengerusi BN Nibong Tebal Y.Bhg Dato' Dato Zainal Abidin Osman bersama Penyelaras BN DUN Jawi, Puan Tan Cheng Liang. ketika ditanya mengenai PRU 13, Puan Tan Cheng Liang meluahkan harapan agar penerima BR1M 2.0 hari ini bersyukur dengan apa yang telah diberi oleh Kerajaan Barisan Nasional berbanding dengan kerajaan pakatan rakyat yang hanya berjanji tetapi tidak melaksanakan. Kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan berbagai Transformasi untuk membantu rakyat seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M), Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dan berbagai lagi untuk menringankan beban yang ditanggung rakyat. Kerajaan hari amat prihatin terhadap rakyat kerana setiap bantuan yang diberi meliputi semua golongan lapisan umur dari kanak-kanak hingga golongan warga emas. Beliau juga menyangkal dakwaan pihak pembangkang yang hari ini menyatakan pemberian BR1M ini adalah gula-gula politik kerajaan kerana mereka (PR) rasa amat tertekan dengan transformasi yang di lakukan oleh YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak kini diterima masyarakat dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional meningkat, beliau juga yakin dengan sokongan masyarakat hari ini, Parlimen Nibong Tebal kita boleh rampas kembali bersama-sama dengan DUN Jawi serta DUN sungai Bakap dan mempertahankan DUN Sungai Acheh pada pilihanraya akan datang.
UNDILAH BARISAN NASIONAL
MELAYU MUDAH LUPA
BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA [BB1M]
GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.
2. OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
NAJIB LANCAR PASAR BERGERAK 1 MALAYSIA [PB1M]
Najib lancar Pasar Bergerak 1Malaysia
PUTRAJAYA 27 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek Pasar Bergerak 1Malaysia, satu lagi inisiatif kerajaan membantu rakyat khususnya kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana.
Ia melibatkan sebuah bas yang diubah suai khusus bagi mengedar barang keperluan harian terus kepada pengguna dengan matlamat membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang.
Bas itu akan diiringi beberapa lori kecil yang juga diubah suai, bergerak ke lokasi yang dijadualkan khususnya di kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan pusat komuniti terpilih.
Menurut kenyataan media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Perdana Menteri memperakukan peruntukan RM3 juta bagi menggerakkan projek Pasar Bergerak 1Malaysia itu dan buat permulaan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang untuk membangunkan konsep pasar bergerak itu di zon tengah, zon utara dan zon selatan.
Majlis pelancarannya hari ini menyaksikan Najib menyempurnakan acara pelepasan konvoi pasar bergerak dengan disaksikan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri Kabinet di Dataran Perdana di sini.
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia